Tuesday 3 May 2011

TELUR MATA!!!!

satu hari, beberapa sekawan pergi makan di kedai makan berhampiran dengan tempat kerja mereka.
kedai melayu.. mereka pon meng-order makanan.

baby       : nasi goreng padprik kak.. teh tarik.
bulat       : nasi goreng usa, air. coke.
pumpkin : nasi lemak ayam... pastu telur mata ye...

beberapa minit selepas itu, pelayan pon menghantar makanan...

pumpkin : emm.. dik.. telur mata tadi dah order x dapat..
pelayan menggangguk kepala dan berlalu pergi...
(budak pelayan yg hantar makanan ni budak lelaki umur belasan thn mcm tu)

budak pelayan datang beberapa minit kemudian.

pelayan : akak... (sambil memandang pumpkin), tadi akak mintak telur separuh masak ke telur mentah??
(masa ni budak tu letak tangan dia kat belakang)
pumpkin : telur MATA dik....
pelayan  : OOOOOOOOOO... igtkan akak nak telur mentah!!!! (sambil mengeluarkan sebijik telur yg masih mentah dari blakang dan menunjukkan kepada pumpkin)

baby dan bulat : (setelah terpegun dengan kesengalan budak pelayan ni, gelak puas-puas)

pumpkin  : adik nak akak buat apa ngan telur mentah dik... x sudi dah ke nak masakkan???

kesimpulan: samada budak tu igt si pumpkin ni pengamal ilmu hitam nak mengubat org pasal tu la budak tu bagi telur mentah!!!!
ATAU
budak tu memang sengal nak mampos.. sebab memang baby dan bulat dengar pumpkin mintak telur mata!!!

Monday 2 May 2011

mencari pelakon extra...

satu hari di opis yg indah permai... sewaktu producer, director, pm dan lain2 sibuk mencari pelakon2 utk mengisikan kekosongan dalam drama yg akan memulakan shooting x lama lagi...

Bulat: weh.. korg xde scena nak pakai extra ke....??
Dir   : hmmmm, ada.. ni nak pakai masa scene kat kedai kain..
Boss: haaa.. i tau watak apa!!!
Dir  : watak mana...? bini tokey kedai....??
Boss: bukan.. jadi ni.. MESIN JAHIT!!!

mereka dan lain2 sudah mula gelak sakan....

Bulat: HARAM sungguh kan!!!!

kesimpulan.. kalau muka tu x komersial.. jgn brangan nak jadi plakon!!!!

Wednesday 20 April 2011

bulat vs food!!

screenplay:-
satu hari seorang pekerja telah diarahkan oleh bosnya utk membeli kfc utk dimakan beramai2.  dia pon balik membawa kfc... setelah makanan disiapkan di atas meja... bos menjemput bulat dan hottie utk mkn...
b2b   : ha bulat.. ko tengok je kenapa.. mkn la..
hottie: mkn la. x kan diet kot..
bulat : mkn lah.. aku x nak makan.. (sambil memalingkan muka)
b2b  : (dengan yg x puas hati dan cuba menggoda bulat ngan makanan)
          mkn lah weh.. rugi.. sedap ni....
hottie: (mkn dengan berseleranya)
b2b  : (masih mencuba menggoda bulat dengan memakan kfc itu dengan sungguh berseleranya)
bulat : (memandang dengan muka cuba menahan nafsu makan beliau)
b2b  : (slurp... slurp...) sambil meratah ayam kfc dengan penuh rakusnya.
bulat : (memandang dari sudut tepi mata)
tiba-tiba..........
SLURPPPPP (bunyi terliur yg amat kuat)
b2b menolak meja dan hampir jatuh tersungkur dari kerusi beroda...
hottie menepuk meja dengan kuat sehingga makanan berterbangan di atas meja...
bulat hanya terduduk diam membisu atas tindakan refleksnya yg mengejut itu...
moral of the story mory..
kalau nak mkn tu mkn je la.. kang kempunan plak..


cerita ini adalah rekaan semata-mata. tidak ada kena mengena ngan yg hidup maupon yg mati.. nama watak telah ditukar untuk mengelak kejadian mengejek terjadi..


-keputat signing out-

Tuesday 19 April 2011

life is sooooo keputat!!

hahahha. i'm sure most of u will say.. wtf is KEPUTAT!!! well...
let me give u guys some info about me...
i always ckp terbalik.. n i am very.. i repeat.. very bad at spelling!!!
so pendek cerita.. one day.. semasa saya ingin mengorder ketupat utk satay saya.. 

me : akak.. satay ayam 15, daging 15.
akak satay : ok dik.. lain x nak??
me : hmm.. bagi keputat ye kak...
akak satay : ok.. adik nak keputat berapa??

(pada masa ini.. saya sudah di ketawakan beramai-ramai oleh bebudak opis dan akak satay)

anyway.. i never knew it would sound so dirty until someone i recently know (after dia tau pasal cerita keputat), point it out that it sounded like a dirty word by doing a dialog.

me : weh.. mana ada sound dirty.. it just sounded funny...
mercedes : hmm.. ok.. "u jangan nak jadi keputat sgt ok!!"
me : hmm.....
mercedes: "ko jaga keputat ko baik2"
pumpkin : "ish.. keputat betul la dia tu"
mercedes: " jgn nak keputat sana sini"
pumpkin : hahahha.. betul lahhhh
me : fine.. fine.. now it sounded like it.

so at the end.. 'keputat' menjadi 1 perkataan baru bagi kami.
so kalau x paham lagi.. go figure out sendri.. malas nak explain pepanjang.

(cerita telah diolah semula bagi meringkas dan menyedapkan cerita. watak telah diubah nama)

keputat signing out!!